Calon BN Kuala Nerus Dijangka Diketahui Malam Ini

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Teka-teki calon Barisan Nasional (BN) yang akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Kuala Nerus, dijangka akan terjawab malam ini.

Difahamkan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dr Apli Yusof yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus sedang mengadakan perbincangan bagi menentukan calon sesuai di kerusi itu.

Menurut sumber UMNO Bahagian Kuala Nerus, isu kelewatan calon diumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan bukan disebabkan parti ketandusan calon.

Sebaliknya, kelewatan itu disebabkan parti menunggu keputusan Apli yang sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada calon lain.

“UMNO Kuala Nerus sudah ada nama yang akan diketengahkan jika Apli tetap dengan keputusan untuk tidak bertanding.

“Setakat ini perbincangan masih diadakan dan presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka umumkan malam ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Top-5 memutuskan semua Ketua UMNO Bahagian bertanding di lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Bagaimanapun, ada antara Ketua Bahagian UMNO termasuk Apli menolak untuk bertanding dengan pelbagai alasan, termasuk faktor kesihatan, usia dan kurang berpengalaman.

Pada pertandingan tiga penjuru PRU14, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS memenangi kerusi dengan majoriti 8,447 undi selepas memperolehi undi 37,975 menewaskan calon BN, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang memperolehi 29,527 undi dan calon PKR, Abdullah Muhamad yang hanya memperolehi 4,604 undi.

Mengulas lanjut, jurucakap itu juga mengesahkan jika Apli kekal dengan keputusan untuk tidak bertanding, beberapa nama baharu akan dikemukakan.

Antara muka baharu akan dikemukakan kepada Ahmad Zahid untuk dipertimbangkan adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman.

“Kita minta semua bersabar, keputusan calon yang akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus akan diumumkan selewat-lewatnya malam ini,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat