Tiada dokumen suruh sokong Zahid jadi PM – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyangkal dakwaan kononnya calon-calon Barisan Nasional (BN) menandatangani dokumen persetujuan untuk mengangkat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Penyandang dan calon Parlimen Sembrong itu menegaskan, dokumen yang dibaca dan ditandatangani beliau selaku calon BN tidak mengandungi arahan seperti didakwa.

“Setakat apa yang saya baca dalam dokumen itu, tidak termasuk mesti sokong Zahid jadi Perdana Menteri jika BN menang PRU15.

“Malah dakwaan mengatakan Kabinet juga akan ditentukan oleh Presiden Umno juga tidak benar. Secara asasnya, Kabinet bukan ditentukan olen Presiden Umno,” katanya ketika ditemui media di Dewan Tun Hussein Onn, malam tadi.

Hishammuddin menegaskan, ketika ini apa yang penting ialah BN mesti menang dalam PRU15 ini.

“Kita (BN) mesti menang. Kalau kita tak menang pun tak ada kerajaan nak bentuk Kabinet apa,” tegas Bendahari BN itu lagi.

Beliau malah menjelaskan, bahawa semua calon BN yang dipilih diminta menandatangani watikah bagi membuktikan komitmen kepada parti.

“Apabila jadi dicalonkan, kita datang bersama amanah dan tanggungjawab ia bukan boleh kita gadaikan secara peribadi.

“Jadi apa jua yang diminta parti untuk tandatangan, kita mewakili parti,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat