Kesihatan Tak Mengizinkan, Tok Pa Tak Pertahan Jeli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyandang Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menarik diri daripada pencalonan untuk mempertahankan kerusi itu atas faktor kesihatan.

Menurut Mustapa beliau telah menjadi ahli Parlimen Jeli sejak 1995 dan hasratnya untuk tidak mempertahankan kerusi itu dibuat atas nasihat doktor mengenai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan beliau untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat yang berkesan.

“Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Presiden Bersatu bahawa saya tidak berhasrat untuk menawarkan diri bertanding bagi kerusi Parlimen Jeli (P.030) dalam PRU15.

“Sehubungan ini, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi terima kasih kepada semua rakyat di kawasan Parlimen Jeli yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sepanjang saya merencanakan agenda pembangunan sosioekonomi di Parlimen Jeli sejak tahun 1995.

“Sesungguhnya, saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan kepada saya selama ini untuk mewakili rakyat di Parlimen Jeli,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mustapa juga menitipkan ucapan penghargaan kepada semua sahabat di Kabinet atas segala bimbingan dan kerjasama yang diberikan sepanjang berada dalam Jemaah Menteri.

“Terima kasih kepada kepimpinan kerajaan, penjawat awam Persekutuan dan negeri serta parti atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan dan ahli Parlimen,” ucapnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat