Aspirasi ‘Satu Keluarga, Satu Rumah’ Dapat Dilaksana Jika Dipilih Lagi Pada PRU-15, Kata Ismail Sabri

- Advertisement -

SEBERANG PERAI – Kerajaan tidak pernah mengabaikan mana-mana negeri termasuk negeri yang diterajui pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apa yang paling penting baginya ialah dasar keutamaan untuk pembangunan seluruh rakyat di negara ini.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat Pulau Pinang dapat memilih Kerajaan Persekutuan yang sedia ada untuk menunaikan segala janji kepada setiap lapisan masyarakat.

“Meskipun Pulau Pinang adalah negeri yang diterajui oleh pembangkang, namun saya mengetepikan kesemua perkara ini atas dasar keutamaan terhadap pembangunan Keluarga Malaysia.

“Justeru, saya ingin menyeru seluruh Keluarga Malaysia Pulau Pinang, terutamanya di Kepala Batas ini untuk memilih
Kerajaan Persekutuan yang ada dan sentiasa konsisten dalam menunaikan janjinya terhadap setiap lapisan masyarakat,” katanya ketika menghadiri majlis pecah tanah tiga buah projek pembangunan di sini hari ini.

Selain itu, Ismail turut menegaskan, bahawa Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama yang dibentangkan 7 Oktober lalu membuktikan Kerajaan bersungguh-sungguh mahu memperkukuh dan memulihkan negara bagi memastikan ekonomi terus mampan.

Dengan peruntukan bajet sebanyak RM371.3 bilion yang termasuk Skim Perumahan, Ismail memberi jaminan agar skim tersebut akan dilaksanakan jika Kerajaannya dipilih semula pada 19 November ini.

“Saya beri jaminan bahawa semua skim perumahan ini akan dilaksanakan jika Kerajaan yang saya terajui dipilih semula pada PRU-15, 19 November ini agar seluruh Keluarga Malaysia dapat memiliki rumah sendiri selaras dengan aspirasi ‘Satu Keluarga Satu Rumah’,” ujarnya lagi.

Peruntukan sebanyak RM372.3 bilion itu yang termasuk Skim Perumahan merangkumi Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk manfaat sebanyak 12,400 penghuni baharu dengan peruntukan sebanyak RM367 juta.

Ia juga melibatkan Program Rumah Mesra Rakyat melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM358 juta, Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia bagi memastikan keadaan perumahan strata kos rendah dan sederhana yang selamat termasuk menggantikan lif-lif yang rosak dengan peruntukan sebanyak RM90.4 juta.

Selain itu, Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan Kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM3 bilion kepada bank bagi memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing untuk memiliki rumah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat