Kerajaan Persekutuan Tidak Pernah Bezakan Pembangunan Di Negeri, DUN Pembangkang – PM

- Advertisement -

KEPALA BATAS – Kerajaan Persekutuan tidak pernah membeza-bezakan pembangunan di negeri atau kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah pembangkang demi kepentingan masyarakat kawasan itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata ia termasuk Pulau Pinang yang tidak pernah dipinggirkan kerajaan Persekutuan meskipun ia diterajui oleh pembangkang.

“Kalaulah begini ikhlasnya kerajaan Persekutuan, eloklah pilih kerajaan Persekutuan daripada (berbanding) parti pada 19 Nov ini,” kata beliau ketika merasmikan majlis pecah tanah projek Program Perumahan Rakyat (PPR), Masjid Bandar Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC) di sini hari ini.

Komitmen kerajaan juga, kata beliau, boleh dilihat dengan pengumuman tiga projek yang dirasmikan hari ini di DUN Pinang Tunggal, Pulau Pinang yang diterajui pembangkang.

Rakyat Malaysia akan memilih kerajaan baharu pada 19 Nov ini setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat