DAP ancam tolak belanjawan, andai Muhyiddin tolak 6 usul PH

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Setiausaha DAP, Lim Guan Eng mengugut akan menolak belanjawan yang dibentangkan andai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal mempertimbangkang tuntutan Pakatan Harapan.

Menurut Guan Eng, enam langkah yang dicadangkan itu amat penting kerana ia akan memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara.

“Sekiranya enam langkah utama yang dicadangkan PH itu ditolak, ini bermakna tiada Belanjawan Perpaduan yang boleh memberi manfaat kepada negara, ekonomi dan rakyat.

“DAP sekali lagi mengulangi bahawa Belanjawan Perpaduan ini adalah penting dalam menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menolak pengisytiharan darurat di negara ini, mengelakkan sebarang permohonan darurat tambahan serta mengelakkan pilihan raya umum yang hanya akan memburukkan lagi keadaan Covid-19.

“Bajet Perpaduan ini tidak sama dengan kerajaan perpaduan yang dispekulasikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara enam langkah utama yang dicadangkan PH adalah melanjutkan moratorium pinjaman sehingga 31 Mac 2021, subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 serta memberi peruntukan pembangunan kepada Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Kebangsaan (NFCP) dan menambah baik infrastruktur air di Selangor.

Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Selangor (Amanah), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan perlu memberi penekanan peruntukan terhadap Kementerian Kesihatan pada Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan Jumaat ini.

Menurutnya peningkatan peruntukan bagi sektor kesihatan itu perlu dilakukan bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat dihentikan sepenuhnya.

“Kerajaan perlu meningkatkan peruntukan bagi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan awam dan kemudahan-kemudahan hospital untuk menangani penyakit-penyakit berjangkit seperti Covid-19, batuk kering, selsema burung dan sebagainya.

“Selain penyakit berjangkit, peruntukan ini juga penting untuk membasmi penyakit-penyakit tidak berjangkit dan juga kes-kes kematian pra-matang,” katanya di sini hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat