Tiga Lelaki Halang Tugas Penjawat Awam Laksana PKP Dihukum Penjara 20 Hari

- Advertisement -

Tiga lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .

Mohammad Eidzwan Rosle, 24, Muhammad Fakhrul Jenal, 28, dan Muhammad Hafiz A.Md. Zainal, 22, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohammad Eidzwan dan Muhammad Fakhrul secara bersama-sama pada 10 malam 29 Mac lalu di Jalan Juasseh – Kuala Pilah dengan sukarela menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan masing-masing boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 20 hari terhadap mereka serta denda RM2,500 dan tambahan satu bulan penjara jika gagal membayar denda.

Manakala Muhammad Hafiz didakwa pada 6.15 petang 30 Mac lalu di Kilometer 11 Jalan Kuala Pilah – Seremban turut didakwa menghalang seorang penjawat awam yang boleh dihukum mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan dan denda RM2,500 dan tambahan satu bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat