Hadi Awang Dilantik Duta Bertaraf Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri.
Berikut adalah kenyataan penuh pejabat perdana menteri berhubung perlantikan tersebut.

YAB Perdana Menteri bersetuju melantik YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Marang.

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Beliau pernah tersenarai sebagai antara 500 muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat