‘Ingkar Perintah Berkurung Akan Ditembak Mati’

- Advertisement -

MANILA – Filipina mengambil pendekatan agresif dalam usaha mengekang penyebaran wabak Covid-19di negara itu, terutama sepanjang arahan perintah berkurung yang berkuatkuasa di negara itu.

Presidennya, Rodrigo Duterte mengarahkan polis dan tentera negara itu untuk melepaskan kepada mana-mana individu yang ingkar dengan arahan semasa.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen negara berkenaan pada malam Rabu.

“Biar ini jadi amaran kepada semua. Ikuti arahan pihak berkuasa sebab penting untuk kita ikut arahan,” katanya memetik laporan Al-Jazeera.

Duterte juga mengingatkan rakyat supaya tidak mengganggu tugas pihak berkuasa dalam menangani wabak Covid-19 di negara itu.

“Jangan ganggu pekerja kesihatan, doktor… kerana itu adalah jenayah serius. Arahan saya kepada polis dan tentera, jika ada yang cuba buat onar dan keselamatan mereka tergugat… tembak mati mereka.

“Jangan menakut-nakutkan pihak berkuasa. Jangan cabar kerajaan. Anda akan kalah,” katanya dalam ucapan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tagalog.

Sebelum ini, kerajaan mengarahkan penduduknya berada di rumah dan Manila pula dikenakan sekatan pergerakan masuk dan keluar bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan bahawa ada segelintir penduduk setinggan di ibu negara itu cuba melakukan demonstrasi kerana mendakwa kekurangan bekalan makanan.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat