Kerana Sikap Tamak, Roti Dibuang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerana sikap tamak segelintir rakyat di negara ini yang membeli roti dalam bilangan yang banyak kemudian membazir mengundang kemarahan para netizen.

Isu tersebut timbul ekoran ciapan Zamri Mohd Isa di laman Twitter yang memuatnaik gambar roti di buang di tempat pembuangan sampah.

“Sikap tamak akhirnya membazir dan menyebabkan org lain tidak dapat merasa,” ujarnya kesal.

Zamri bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas bila dan di mana kejadian tersebut dirakamkan.

Roti-roti tersebut dipercayai dibuang kerana telah tamat tempoh.

Isu mengenainya kemudian menjadi perbualan hangat hingga mendapat 26.3 ribu tanda suka dan 31.7 ribu perkongsian.

Rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut, malah ada yang turut berkongsi petua untuk membuat roti kering bagi mengelakkan perkara tersebut berulang.

Masyarakat sebelum ini gempar apabila bekalan roti di katakan laris ‘bak goreng pisang panas’ hingga habis terjual hampir di semua kedai dan pasaraya menyebabkan masyarakat sukar untuk mendapatakan bekalan.

Ia dikatakan kerana ‘pembelian panik’ di kalangan masyarakat selepas kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah tinjauan SuaraTV di beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di sekitar bandar raya mendapati hampir semua jenama roti laris dan kehabisan stok.

Ekoran itu terdapat peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual sebuku roti pada harga RM4.40 jauh beza dengan kebiasaan RM3.55.

Pengeluar roti Gardenia di Malaysia sebelum ini turut memaklumkan pihaknya telah meningkatkan pengeluaran roti ke tahap 2.2 juta buku sehari menerusi lima kilang yang beroperasi selama 24 jam.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan turut berkata tidak dapat untuk menambah bekalan produknya lagi di pasaran kerana pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia kini telah mencapai ke tahap maksimum. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat