Tahanan Rohingya cenderung bersikap agresif dalam kumpulan besar

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Tahanan etnik Rohingya yang berada di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di seluruh negara akan diasingkan serta-merta, berikutan mereka dikesan cenderung bersikap agresif terutama ketika berada dalam kumpulan yang besar.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Ruslin Jusoh berkata, ketika ini terdapat seramai 2,675 etnik Rohingya berada dalam tahanan daripada keseluruhan 13,145 pendatang asing tanpa izin (Pati) di 12 depot seluruh negara.

“Kita (JIM) akan buat pengasingan tahanan Rohingya yang mana setiap depot akan mengambil sebahagian daripada mereka dan mereka juga akan diasingkan dalam blok berasingan.

“Mereka akan dicampur tahanan lain seperti warga Indonesia, Thailand, Bangladesh dan sebagainya supaya mengurangkan mereka bertindak agresif.

“Apabila berkumpul beramai-ramai cenderung untuk mereka bertindak agresif itu ada,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat JIM di sini, hari ini.

Ia susulan kejadian 115 Rohingya dan 16 Myanmar melarikan diri dari DTI Bidor, Perak, dengan seorang disahkan maut dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor.

Susulan kejadian 9.50 malam tadi itu, Op Tutup dilancarkan di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi mengesan mereka.

Setakat jam 4 petang ini, empat tahanan yang melarikan diri berjaya ditahan semula di sekitar Bidor, manakala baki masih dikesan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi di sekitar daerah berkenaan.

Sementara itu, ditanya sama ada pegawai dan anggota bertugas di depot akan dibekalkan senjata selepas ini, Ruslin berkata, perkara itu akan dipertimbangkan.

Dalam pada itu, katanya, tiada isu berhubung kesesakan di depot seluruh negara dan setakat ini ia mematuhi kapasiti.

Kata beliau, warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan akan diusir pulang ke negara asal sebaik mendapat perintah mahkamah dan pengesahan kerakyatan oleh pihak kedutaan masing-masing. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat