Bintang skuad Piala Asia 2023 sertai Selangor FC

- Advertisement -

PETALING JAYA – Selangor FC memulakan langkah untuk memantapkan pasukan pada musim baharu Liga Malaysia apabila mengesahkan kehadiran pemain import kelahiran Uzbekistan, Umar Eshmurodov hari ini.

Menurut laman bola sepak terkemuka, Transfrmarket, nilai pasaran semasa Eshmurodov adalah sebanyak €700,000 (RM3.6 juta) sekali gus menjadikan pemain berusia 32 tahun itu antara yang termahal dalam skuad Gergasi Merah musim ini.

Eshmurodov yang mewakili skuad kebangsaan Uzbekistan pada kempen Piala Asia 2023 kali ini akan mengisi kuota import Merah Kuning selaku pemain bertaraf Asia pada musim depan.

Selangor FC sebelum ini enam pemain pada musim lalu telah dilepaskan seperti kapten, Brendan Gan, penjaring terbanyak, Ayron del Valle selain Yazan Al-Arab, Richmond Boakye, Rauf Salifu dan Zahril Zabri.

Skuad Selangor yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe yang meraih status naib juara Liga Super musim lepas akan beraksi pada kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) pada tahun ini. – Kosmo

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat