CUEPACS saran kekalkan pencen, galakkan penjawat awam menabung dalam KWAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran untuk mengekalkan pelaksanaan skim pencen sedia ada kepada penjawat awam.

Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah dengan menggalakkan penjawat awam menabung dalam Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

“Sistem pencen semasa perlu kekal, kemudian kita perlu galakkan penjawat awam perlu menabung dalam Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.

Abdul Rahman menjelaskan kos pencen yang ditanggung Kerajaan ketika ini meningkat disebabkan oleh kenaikan kadar gaji.

Namun, jumlah pesara yang ditanggung oleh Kerajaan setiap tahun tidak banyak perubahan.

“Kita tahu kos pelaksanaan pencen ini meningkat. Penjawat awam yang berpencen sekitar 790,000 orang setahun, tidak akan meningkat kepada sejuta.

“Kos pencen meningkat kerana kenaikan gaji melalui Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). Setiap kali gaji naik, kadar pencen akan naik,” katanya.

Pada hujung Januari, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen dan pengumuman mengenai tempoh serta tarikh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas tetapi golongan baharu yang dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat