Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat Awam Cemar Nama Institusi Kerajaan

KUALA LUMPUR - Bak peribahasa 'seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit', itulah ibarat bagaimana budaya rasuah dan salah laku segelintir penjawat awam, mencemarkan...

Pengalaman Dua Generasi Berbeza Tempuhi Banjir Di Sarawak

KUCHING - Menghadapi banjir dalam tahun-tahun 1960-an, 70-an, mahupun 80-an di Sarawak, jika dilihat dari segi kemudahan disediakan, pusat pemindahan sementara, susun atur, bantuan...

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, sekiranya jumlah katil di kemudahan kesihatan sedia ada tidak mencukupi.

Ketua Pengarah Nadma Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata agensi itu sedang membantu KKM meningkatkan jumlah katil di kemudahan kesihatan sedia ada seperti di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Rehabilitasi Cheras.

“Sekarang kita guna kemudahan sedia ada (di hospital-hospital berkenaan). Ini berkaitan dengan bagaimana kita hendak menumpukan perkhidmatan tadi. Kalau buka MAEPS, kita kena ada lebih kurang 670 orang sebagai petugas, jadi kalau kita guna hospital sedia ada, di situ sudah ada petugas-petugasnya.

“Di situ (hospital-hospital) juga ada makmal yang akan membuat uji kaji atau ujian. Tapi kalau di MAEPS, kita kena bawa semua kemudahan itu datang ke MAEPS. Sekiranya perlu buka (di MAEPS), kita akan ambil masa tiga ke empat hari sahaja untuk melaksanakannya sebab kita ada pengalaman,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Pengurusan Bencana Semasa Pandemik COVID-19’.

Mengulas mengenai persiapan banjir ketika pandemik COVID-19, Aminuddin menyifatkan bencana kali ini agak ‘unik’ apabila mengambil kira bagaimana cara untuk memastikan masalah banjir dapat ditangani, tanpa ada masalah berkaitan pandemik COVID-19.

Beliau berkata Nadma bertindak sebagai penyelaras dalam menangani bencana itu di seluruh negara dalam memastikan perancangan dapat disusun dan diselaras dengan lancar.

“This is the perfect storm (bencana dalam bencana). Persiapan banjir itu InsyaAllah dapat kita tangani bersama, (namun) apabila bercakap mengenai SOP (prosedur operasi standard) COVID-19, kita telah membuat beberapa perbincangan dengan agensi yang terlibat seperti membuat simulasi.

“Penting simulasi itu sebagai input untuk perbaiki apa telah kita rencanakan. Sebab masa itu orang sudah tidak tentu hala, hendak selamatkan diri dan pastikan harta selamat, dan ada walaupun dalam keadaan banjir tidak mahu ke pusat pindahan sementara (PPS) sebab takut harta hilang… perkara itu kita kena jangka,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata Nadma telah merangka beberapa gerak kerja seperti melaksanakan SOP sebelum, semasa dan selepas mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah dari PPS masing-masing.

“Contohnya, apabila mereka diarahkan pergi ke PPS, kena pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal. Walaupun memang susah, sebaik mungkin kita akan minta agensi yang terlibat untuk membantu,” katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Henti hangatkan isu kartel daging haram

Oleh: RAMLY HASSAN ISU kartel daging haram menjadi topik hangat perbincangan masyarakat ketika ini. Bukan sahaja ia diperkatakan oleh jabatan netizen sebaliknya, isu tersebut kini...

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Berita Berkaitan

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Kekalkan Tarikh Pemilihan Parti, Tawarkan Kepada Rakyat Pimpinan Baharu – KP UMNO Pagoh

KUALA LUMPUR: Pimpinan pusat UMNO digesa untuk terus mengekalkan pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung antara bulan Mei hingga Jun tahun ini. Ketua Pemuda UMNO...

Hanya Calon Peperiksaan Utama 2020 Ke Sekolah 20 Jan Ini

PUTRAJAYA - Sesi persekolahan secara bersemuka bermula 20 Jan ini di seluruh negara hanya membabitkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020. Kementerian Pendidikan...