MGVI Mampu Pacu Kestabilan Ekonomi Tanpa Kebergantungan Sumber Bekalan Luar

- Advertisement -

BANGI – Institut Genom Malaysia (MGI) yang dinaiktaraf kepada Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) bakal menyediakan akses kepada fasiliti penyelidikan untuk memenuhi keperluan pembangunan vaksin, selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pentadbiran MGVI akan dipimpin dan dipusatkan di bawah National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM), sebuah agensi di bawah MOSTI.

“Aktiviti penyelidikan akan dilaksanakan bersama 4 pusat kecemerlangan iaitu Centre of Excellence for Vaccine Discovery, Centre of Excellence for Pre-Clinical Study, Centre of Excellence for Clinical Trials dan Centre of Excellence for Process Development dengan tujuan untuk memanfaatkan kemampuan, kepakaran dan kemudahan yang sedia ada,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia hari ini.

Beliau yakin, dengan semangat kebersamaan, pembangunan dan penyelidikan vaksin di negara ini akan memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysa.

“Besar harapan saya agar transformasi dan penubuhan MGVI ini dapat membantu Malaysia menjadi negara yang berupaya untuk menghasilkan vaksin tempatan sebagaimana yang disasarkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara,” katanya.

Sebelum ini kabinet telah bersetuju menaiktaraf Institut Genom Malaysia (MGI) kepada Institut Genom dan Vaksin Malaysia atau singkatannya MGVI setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk implikasi kewangan dan kemudahan sedia ada.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat