Wisma Putra Umum Dua Lantikan Ahmad Idham, Eizlan Yusof

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri di bawah pejabat Menteri mengumumkan dua pelantikan baharu iaitu Dr.Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Perunding Kreatif berkuatkuasa hari ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan itu selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia yang bertujuan mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan kita, serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

“Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara.

“Saya yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan dedikasi dan jayanya,” katanya.

Saifuddin berkata, dengan pengalaman yang luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, Ahmad Idham pernah memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Jelasnya lagi, Eizlan pula tidak asing dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Pelantikan mereka selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia. Ia bagi tujuan mewujudkan kaedah baharu mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan, di samping memaparkan nilai kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

“Bagi mempromosikan Diplomasi Budaya Malaysia, Jawatankuasa Seni & Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat