MOSTI Komited Bantu Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) – Dr.Adham

- Advertisement -

BANGI – Malaysia terus memacu agenda sains, teknologi dan inovasi ke arah negara berteknologi tinggi khususnya dalam soal keselamatan kesihatan bagi menjamin kelestarian kehidupan Keluarga Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Sri Dr. Adham Baba berkata, dalam mendepani cabaran ini, vaksin COVID-19 dilihat berkesan sebagai salah satu kaedah pencegahan dan kawalan penyakit.

“Seluruh dunia berlumba-lumba untuk mendapatkan vaksin COVID-19 bagi keperluan rakyat masing-masing, dan Malaysia juga tidak ketinggalan inginkan yang terbaik untuk Keluarga Malaysia.

“Sebagai peneraju agenda sains, teknologi dan inovasi negara, MOSTI komited untuk membantu negara dalam pembangunan dan penyelidikan vaksin manusia menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) yang akan dilancarkan pada hari ini.

Dr.Adham berkata, PPVN terbahagi kepada 6 bidang keutamaan iaitu tadbir urus, infrastruktur pembuatan vaksin, kajian klinikal, pembangunan modal insan dan perolehan teknologi, serta pembangunan vaksin serta komunikasi vaksin.

“Bagi menghasilkan vaksin, there is no cut corners, dan penghasilannya secara end-to-end memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Daripada titik permulaan inilah pelaksanaan PPVN memainkan peranannya dalam memberi penekanan kepada kolaborasi di antara kerajaan, saintis, pengamal perubatan dan pemain industri melalui ekosistem kolaborasi di antara pelbagai pihak yang terdiridaripada pelbagai kementerian, agensi dan syarikat-syarikat pengeluar di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.

“Pelan ini menetapkan pengeluaran vaksin dalam dua fasa iaitu bagi jangka masa pendek (quick win) yang mengambil masa 1 hingga 5 tahun, dan jangka masa panjang yang mengambil masa 5 hingga 10 tahun,” katanya.

Tambahnya lagi, pembangunan vaksin juga antara lain bertujuan bagi menghasilkan vaksin manusia untuk kegunaan di dalam negara khususnya bagi kesemua vaksin di dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebagai langkah dalam menghadapi sebarang ancaman pandemik pada masa hadapan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat