Melaka ‘goyah’ ADUN UMNO lompat masuk PH? : Laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO dilaporkan sedang dilanda ‘badai’ politik.

Memetik Utusan, terdapat dakwaan yang mengatakan Kerajaan Negeri Melaka balal tumbang pada bila-bila masa sahaja.

Ura-ura ini susulan empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

Turut difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Jika ini benar, bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bakal kehilangan tampuk pemerintahan.

Pada masa ini, kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

Jika empat ADUN tersebut melompat, ia bermakna PH akan mempunyai majoriti 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memerintah.

Memetik laporan itu lagi, terdapat usaha sejak pagi tadi untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, oleh wakil ADUN yang ingin melompat.

Khabar angin turut bertiup kencang mendakwa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dalam usaha untuk menghadap Mohd. Ali.

Perkara ini menjadi bualan dalam kalangan pemimpin UMNO Melaka ketika ini.

Malah, ada pula mengatakan, hanya seorang sahaja yang menandatangani SD tersebut.

Salah seorang bekas tokoh politik yang enggan nama disiarkan ketika ditemui mengesahkan mengenai perkara tersebut, tetapi enggan mengulas lanjut.

Ketika ini polis dikatakan sedang membuat pemantauan di pejabat Yang Dipertua Negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat