HONOR MagicBook 14 yang menakjubkan sudah tiba; juga Teman Sejati HONOR 50 juga bakal dilancarkan

- Advertisement -

 

 

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2021 – HONOR Malaysia melancarkan edisi komputer riba terbarunya – HONOR MagicBook 14 yang juga “teman sejati” HONOR 50 yang juga bakal dilancarkan. Dikuasakan oleh duo pemproses AMD Ryzen 5 5500U dan kad grafik bersepadu, HONOR MagicBook 14 hadir dalam dua warna pilihan iaitu Space Gray dan Mystic Silver.

 

Peminat yang membeli HONOR MagicBook 14 akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM228. HONOR MagicBook 14 versi 8GB RAM + 256GB SSD dijual pada harga RM2,699 dan hadiah percuma beg galas HONOR. Manakala 8GB RAM + 512GB SSD ditawarkan pada harga RM2,999 dengan hadiah percuma beg galas HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth.

 

HONOR MagicBook 14 boleh dibeli menerusi HONOR Store, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, Senheng Online Store dan juga Stor HONOR Experience di seluruh negara.

  1. Rekaan premium ringan untuk ultra-mudah alih

HONOR MagicBook 14 baharu diperbuat daripada aluminuim dan beratnya hanya 1.38kg manakala ketebalannya cuma 15.9mm, sangat mudah untuk dimasukkan ke dalam beg tangan kerana tidak “makan” banyak ruang. Selain itu skrin HONOR MagicBook 14 boleh dibuka selebar 180 darjah, memudahkan perkongsian tugasan dengan rakan yang duduk di hadapan. Untuk rekaan badan pula, komputer riba ini dikemaskan dengan serongan biru yang menampakkan ia bergaya.

 

  1. Paparan skrin FullView untuk melindungi mata

Paparan skrin HONOR MagicBook 14 diiktiraf Persijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Berkelip TÜV Rheinland dan memberi paparan keselesaan mata yang tiada tandingan dengan komputer riba lain. Selepas mengaktifkan mod keselesaan mata, cahaya biru berlebihan dapat dikurangkan 50%. HONOR MagicBook 14 didatangi dengan skrin paparan HD FullView resolusi 1920 X 1080, gamut warna 100% sRGB dan kecerahan 300 nit untuk memberikan pengalaman visual terbaik. Bezel HONOR MagicBook 14 yang senipis 4.8mm menjadikan nisbah skrin ke badan mencapai 84%. Walaupun di rumah, anda boleh menikmati skrin besar seolah berada di dalam panggung wayang.

  1. Kuasa tiada tandingan untuk pengalaman pengguna yang dipertingkatkan

Dengan menekan Fn+P boleh mengaktifkan mod prestasi untuk membolehkan pengguna melakukan tugasan berat seperti perisian canggih, mengedit video dan permainan dijalankan dengan kadar pemprosesan data berkelajuan ultra-pantas. Prestasi tiada tandingan sedemikian yang menjadikan HONOR MagicBook 14 lebih menonjol dan diperkasakan lagi dengan WiFi-6 untuk mencapai jalur frekuensi 5G dan jalur lebar 160MHz memberikan kelajuan pemindahan wayarlas sehingga 2400Mbps.

 

Dengan prestasi yang begitu tinggi, sistem penyejukkan kipas besar HONOR MagicBook 14 tidak seharusnya dipandang rendah. Modul kipasnya dinaiktaraf untuk meningkatkan pengambilan angin sebanyak 36%. Pelepasan haba secara cekap dapat mengekalkan suhu komputer riba supaya tidak terlalu panas dan tiada bunyi kipas yang bising.

 

  1. Hayat bateri ultra-panjang dan pengecas mudah alih

Komputer riba ini dimuatkan dengan bateri berkuasa 56Wh yang membolehkan masa main balik video tempatan selama 11 jam, sekarang anda tiada masalah menonton seluruh musim siri drama televisyen kegemaraan. Dengan pengecasan pantas 65W, peminat diberi jaminan pengecasan 65% dicapai dalam tempoh sejam. Ia bukan sahaja pengecasan pantas, kabel Type-C komputer riba ini boleh mengecas mana-mana peranti dengan port USB-C dengan cepat.

 

  1. Pengalaman Kehidupan Pintar

Fungsi kolaborasi multi-skrin membolehkan pengguna memindahkan fail dengan cara seret dan lepas dari telefon pintar, anda tidak perlu bersusah payah mencari kabel data untuk memindah fail. Apabila dipadankan dengan HONOR 50, anda boleh menguruskan telefon pintar menerusi HONOR MagicBook 14. Malah anda boleh menerima panggilan daripada komputer riba anda juga! Ini barulah pengalaman kehidupan pintar dengan “teman sejati” terbaik!

 

HONOR MagicBook 15 AMD sudah tersedia untuk pra-tempahan mulai 5 Oktober

HONOR MagicBook 15 AMD sudah tersedia untuk pra-tempahan pada harga RM2,499 (RRP: RM2,699) hanya eksklusif di Shopee’s HONOR Official Store mulai 5 Oktober. Peminat boleh menikmati ansuran 0% sehingga 18 bulan dengan hanya membayar serendah RM138 sebulan. Untuk mendapatkan tawaran ini, anda hanya perlu bayar deposit sebanyak RM250 mulai 5 Oktober ini untuk memiliki komputer riba idaman anda.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai versi AMD HONOR MagicBook 14 dan 15 AMD, peminat boleh melayari laman web rasmi HONOR di at www.hihonor.com atau Facebook di www.facebook.com/HONORMY.

Mengenai HONOR

HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang. Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif.

Suara.tv

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat