Pra tempahan iPhone 13 bermula hari ini

- Advertisement -

Telefon pintar paling ikonik dan ditunggu pengguna, Apple iPhone 13 sudah dibuka untuk pra tembahan bermula hari ini dan penjualan rasmi peranti itu pada 8 Oktober.

Pengguna boleh melakukan pra tembahan melalui laman web rasmi Apple, pengedar rasmi serta syarikat telekomunikasi.

Menerusi pengenalan generasi baharu iPhone 13, sebanyak empat variasi diperkenalkan iaitu iPhone 13 Mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro dan versi Pro Max.

Peranti berkenaan menawarkan pelbagai ciri khusus baharu termasuk beberapa kefungsian terkini sesuai dengan penggunaan pada hari ini.

Untuk pasaran tempatan, iPhone 13 Mini ditawarkan pada harga bermula RM3,399, iPhone 13 bermula RM3,899, iPhone 13 Pro (RM4,899) dan versi Pro Max (RM5,299).

Peranti berkenaan juga sudah diiktiraf memiliki skrin paparan terbaik untuk semua telefon pintar termasuk keupayaan kamera yang sudah dinaik taraf.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat