Buat hantaran jelik terhadap PM, kerajaan, Lokman Adam didakwa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua tuduhan membuat hantaran jelik terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri smail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Lokman, 49, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Mengikut kertas pertuduhan, Lokman membuat dan memulakan penghantaran bersifat jelik menggunakan Facebook atas nama profil ‘Lokman Noor Adam Official’ dengan niat untuk menyakitkan hati, pada jam 11.16 malam dan 10.28 malam, 20 dan 22 Ogos lalu.

Hantaran berkenaan dibaca pengadu masing-masing di Bukit Bintang, jam 8.15 pagi, 24 ogos lalu dan Sentul, 11.30 pagi, 23 Ogos lalu.

Oleh itu, Lokman sebagai orang kena saman (OKS) melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, OKS boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, selain didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iznina Hanim Hashim dan Nadia Mohd Izhar manakala Lokman diwakili peguam bela, Logen Eskander.

Nadia menawarkan OKS diikat jamin RM15,000 bagi setiap tuduhan kerana mengambil kira kes itu membabitkan kepentingan awam.

“Saya juga memohon tertuduh tidak dibenarkan untuk membuat sebarang kenyataan atau komen di mana-mana medium media sosial berkaitan kes terbabit,” katanya lapor BH pada Khamis.

Bagaimanapun, Logen memohon jaminan RM2,000 bagi setiap tuduhan kerana anak guam tidak mempunyai pendapatan tetap sebagai penjual sate.

“OKS sudah berkahwin dan mempunyai 11 anak yang masih belajar. Dengan pendapatan yang tidak menentu, OKS menampung perbelanjaan keluarga dan persekolahan anaknya,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi setiap tuduhan dengan seorang penjamin dan 26 September ini untuk sebutan semula kes.

Bukit Aman menerusi kenyataan semalam, berkata pertuduhan akan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.

“Lokman akan berdepan pertuduhan membabitkan dua kes yang kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official,” kata kenyataan itu.

Lokman sebelum ini dilaporkan melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan 12 tahun susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat