Umno mahu tanding 9 Parlimen, 35 DUN Kelantan, kata Ahmad Jazlan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Kelantan berhasrat untuk bertanding di sembilan kawasan Parlimen dan 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi Perhubungan Umno, Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kawasan mana yang akan ditandingi parti itu.

“Tidak perlulah saya sebutkan, malah kalau ada yang di luar sana kata bahawa Umno Kelantan bercita-cita besar, sememangnya dalam pertempuran kita perlu bercita-cita besar, insya-Allah kita akan memperoleh sasaran (menang kerusi ditandingi) berkenaan.

“Untuk kerusi Parlimen pula tidak mustahil untuk kita letak sasaran itu memandangkan pada PRU-11 iaitu tahun 2004, kita pernah memperoleh kemenangan sembilan kerusi Parlimen,” katanya lapor Bernama di Pasir Mas, Kelantan.

Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata pihaknya kini giat meneliti dan membuat kajian untuk menentukan senarai calon yang bakal bertanding pada PRU-15 sebelum diserahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kalau boleh kita mahu mengetengahkan seramai mungkin muka baharu serta tidak meminggirkan kepimpinan yang ada dan muka lama kerana kombinasi ini amat penting,” katanya.

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 kerusi DUN.

Pada PRU-14, BN Kelantan memenangi lapan kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat