Pembayaran BKC Bukti PM Prihatin Rakyat – Mahdzir Khalid

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang akan dibayar mulai pada 06 September ini membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai tanda beliau mendengar segala keluhan dan tanda Perdana Menteri prihatin rakyat.

Jelas beliau lagi, pembayaran ini dapat melegakan dan sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan dan kos sara hidup golongan penerimanya.

“Saya mengalu-alukan pengumuman YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkaitan pembayaran Fasa 1 dan 2, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) berjumlah RM3.1 Bilion secara berperingkat itu yang disifatkan sebagai tanda keprihatinan kerajaan pimpinan beliau.

“Pembayaran dua fasa membabitkan golongan iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40 serta bujang itu juga mencerminkan kecaknaan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia terhadap rakyat berpendapatan rendah dan juga selaras dengan konsep kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia.” kata beliau kenyataan medianya.

Ujar Mahdzir lago, berdasarkan angka penduduk luar bandar yang berjumlah 7.61 juta orang yang mana sebahagiannya juga merupakan tergolong dalam kelompok Miskin Tegar, B40 dan M40, penyaluran BKC dilihat sebagai tepat pada masanya dalam usaha kerajaan meringankan beban golongan terbabit yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19.

“Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 itu menunjukkan bahawa kerajaan menunaikan janjinya sebelum ini yang diumumkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Adalah diharapkan dengan pembayaran bantuan tersebut, akan dapat melegakan dan sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan dan kos sara hidup golongan penerimanya.” kata beliau.

Terdahulu, bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 1 sebanyak RM3.1 bilion akan mula dikreditkan kepada 10 juta penerima yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi
perbankan yang berkaitan.

” Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” kata Perdana Menteri pada Rabu.

BACA LAGI:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat