Capaian internet luar bandar setaraf bandar sasaran utama Mahdzir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menjalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi meningkatkan capaian internet di luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan segera menemui Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa bagi membincangkan hasrat untuk merealisasikan impian masyarakat luar bandar.

“KPLB dengan kolaborasi KKMM ialah untuk mempertingkatkan capaian internet di luar bandar, kalau pun tak boleh buat secara keseluruhannya tapi kita boleh buat secara berfasa untuk membolehkan capaian internet lebih tinggi.

“Selain Kementerian Komunikasi, kita juga boleh kolaborasi dengan TNB mereka mempunyai talian bekalan elektrik dan ada fiber optik yang boleh tolong untuk meningkatkan capaian internet di luar bandar, ini kita akan serahkan kepada pihak pengurusan kementerian untuk kaji bagaimana kaedah untuk dipercepatkan,” kata beliau yang juga Pengerusi TNB.

Capaian internet bukan lagi bentuk kemewahan atau sesuatu yang mahal sebaliknya menjadi keperluan asas kepada rakyat masa kini,” ujar Mahdzir di Putrajaya pada Rabu.

“Internet bukan lagi benda mewah tapi keperluan dan jika dulu penduduk luar bandar perlukan jalan, elektrik, dewan kini internet adalah prioriti.

“Demand masyarakat hari ini ialah ‘connectivity’ dan contoh paling mudah ialah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) begitu juga dengan generasi muda yang tinggal di kampung mereka juga sangat memerlukan capaian internet yang baik.

“Buat masa ini kita akan kaji data kawasan dan daerah mana untuk kita mulakan, memandangkan kementerian komunikasi ada program Jendela jadi kita boleh bergabung tenaga.

“Perlu ada pelan, belanjawan jadi kita kena buat secara berfasa dan saya akan jumpa menteri komunikasi secepat mungkin, internet adalah keperluan serius,” ujar Mahdzir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,556FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat