RM3.1 bilion Bantuan Khas COVID-19 akan dikreditkan kepada penerima bermula 6 September – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 1 sebanyak RM3.1 bilion akan mula dikreditkan kepada 10 juta penerima yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

” Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021,” kata Perdana Menteri pada Rabu.

Ismail Sabri menjelaskan, BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Untuk rekod kelayakan penerima BKC bagi kategori miskin tegar dan B40 ia berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan isi rumah atau warga emas RM5,000 dan ke bawah manakala bagi individu bujang RM2,500 dan ke bawah.

Bagi penerima kategori M40 pula melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan isi rumah RM5,001 hingga RM9,000 manakala bujang RM2,501 hingga RM5,000.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi,” kata beliau.

” Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

“Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat