Perobohan Surau Al-Mikraj Di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Dapat Kebenaran MAIK

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pengangkutan memaklumkan perobohan Surau Al-Mikraj di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa telah mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK), kata Menterinya, Dato’ Seri Wee Ka Siong.

Jelasnya, Kementerian Pengangkutan sedang melaksanakan projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan merangkumi kerja-kerja pembesaran bangunan terminal bagi menampung keperluan sehingga empat (4) juta penumpang setahun. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselesaan di lapangan terbang, memenuhi keperluan kecekapan operasi penerbangan serta meningkatkan keselamatan di lapangan terbang.

Berikutan projek pembesaran tersebut, Surau Al-Mikraj terpaksa dirobohkan.

“Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat prihatin dan berhati-hati dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan kepelbagaian agama serta budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. MOT memandang serius berhubung isu yang dibangkitkan mengenai perobohan Surau Al-Mikraj di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan yang tular di media sosial baru-baru ini.

“MOT sedang melaksanakan projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan merangkumi kerja-kerja pembesaran bangunan terminal bagi menampung keperluan sehingga empat (4) juta penumpang setahun. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselesaan di lapangan terbang, memenuhi keperluan kecekapan operasi penerbangan serta meningkatkan keselamatan di lapangan terbang.

“Walaubagaimanapun, surau ini akan digantikan dengan pembinaan surau yang baharu dan selesa di empat belas (14) lokasi dalam kawasan terminal. Jumlah keluasan keseluruhan surau baharu yang disediakan adalah seluas 560 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga 500 jemaah di semua lokasi pada satu-satu masa.” kata Ka Siong melalui kenyataan medianya.

Menurut beliau lagi, perobohan Surau Al-Mikraj telah dilaksanakan berdasarkan persetujuan, tatacara dan ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) terutamanya mengenai kaedah mengurus harta wakaf bahan-bahan yang mengandungi tulisan ayat- ayat suci Al- Quran dan Seni Khat.

“Kementerian ini juga menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V yang menitahkan agar semua bahan konkrit yang dikeluarkan daripada Surau Al-Mikraj diserahkan kepada Masjid Telipot, Kota Bharu, manakala bahan-bahan yang boleh diguna pakai semula diserahkan kepada MAIK sebelum diagihkan kepada Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan.

“Kementerian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dalam melaksanakan projek ini dan berharap agar penjelasan ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.” ujarnya.

Terdahulu, viral video berdurasi satu minit 19 saat, menunjukkan sebuah jentolak merobohkan binaan surau berkenaan dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya sedih dengan tindakan itu.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat