Rakam bimasakti

Pemilihan Presiden US: Biden Serang Trump Isu Wabak, Trump Serang Biden Isu Ekonomi

AMERIKA SYARIKAT: Calon-calon pemilihan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Donald Trump saling berbalas-balas serangan dengan Biden menyerang kelemahan Trump semasa mengendalikan wabak Covid-19...

Gila! Belah Perut Isteri Nak Tengok Jantina Anak

SEORANG lelaki di India ditahan polis kerana membelah perut isterinya yang sedang mengandung dengan sabit sehingga menyebabkan wanita itu sekarang tenat di hospital...

PN Perlu Segera Merencana Pemberdayaan Wanita Malaysia

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 24 Februari 2020, kita mendapati kurangnya gerakan bagi membincangkan hala tuju perkembangan wanita...

Polis Terima 35 Laporan Berkaitan Mohamaddin Hina Anggota Keselamatan

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan diterima polis Sabah setakat ini berkaitan penghinaan seorang bekas menteri ke atas anggota keselamatan bertugas ketika Op Daulat...

Mohamaddin Sangat Biadab, Melampau – Mejar Huan Cheng Guan

KOTA KINABALU – Kenyataan bekas Menteri Pakatan Harapan (PH) yang kini merupakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi menghina wira...

SEBUT sahaja Kundasang, Sabah, sudah tentu kita akan terbayangkan Gunung Kinabalu yang menjadi tarikan utama pelancong di dalam mahupun luar negara.

Bagaimanapun, tahukah anda terdapat tarikan tidak kurang menariknya iaitu Bukit Maragang atau lebih dikenali sebagai Maragang Hill yang belum cukup dikenali berbanding lokasi popular lain?

Malah, penulis sendiri mengakui tidak pernah mengetahui kewujudan bukit ini selepas melihat perkongsian Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia Berhad (TM), Norhafiza Abdul Hamid yang ke sana, baru-baru ini.

Selepas membuat sedikit carian, bukit yang memiliki ketinggian 2,232 meter dari aras laut, ia mula dibuka masyarakat setempat pada September 2017.

Perkataan ‘Maragang’ itu diambil sempena nama lotong merah yang hanya terdapat di kawasan Borneo.

Keunikan bukit ini selain menjadi lokasi kepada peminat aktiviti mendaki secara santai dan pemandangan matahari terbit yang menarik, ia juga antara lokasi untuk bergambar dengan bimasakti.

 

PENULIS (dua dari kanan) bersama rakan bergambar dengan bimasakti di Bukit Maragang.  FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid
PENULIS (dua dari kanan) bersama rakan bergambar dengan bimasakti di Bukit Maragang. FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid

 

Norhafiza berkata, dia ke Sabah untuk membawa satu kumpulan pendaki ke Gunung Kinabalu.

Katanya, sementara menunggu peserta selesai mendaki gunung, dia bersama tiga rakan mencari aktiviti sesuai di kawasan sekitar.

“Biasanya saya akan turut serta mendaki Gunung Kinabalu namun kali ini saya ingin membuat kelainan dengan mendaki Bukit Maragang bagi menyaksikan keindahan matahari terbit. Secara kebetulan ketika membuat pendaftaran, saya tertarik melihat gambar bimasakti.

“Kakitangan itu maklumkan untuk melihat pemandangan itu, saya perlu berkhemah di sana. Tanpa berfikir panjang kami terus ke sana,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, untuk ke lokasi ini mereka perlu membuat pendaftaran dengan membayar yuran konservasi RM10.

“Selain itu, kami membayar untuk menggunakan pacuan empat roda, jurupandu, porter dan sewa khemah, beg tidur serta tikar.

 

BERGAMBAR berlatarkan Gunung Kinabalu.  FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid
BERGAMBAR berlatarkan Gunung Kinabalu. FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid

 

“Kami difahamkan, wang ini digunakan untuk menaik taraf kemudahan di Bukit Maragang dan menjana pendapatan penduduk setempat,” katanya.

Tambahnya, sekitar jam 3 petang, mereka memulakan perjalanan menaiki pacuan empat roda untuk ke lokasi permulaan pendakian yang mengambil masa 30 minit.

“Kemudian kami mula mendaki ke tapak perkhemahan sejauh 1.6 kilometer yang mengambil masa satu jam setengah.

“Di tapak perkhemahan, terdapat pondok dan tandas untuk pengunjung. Pada ketika itu hanya kami yang berkhemah di situ,” katanya.

Beliau berkata, pada 10 malam, mereka dibawa untuk melihat keindahan bimasakti di Bukit Maragang.

“Di sini platform yang dibina khas untuk keselesaan pengunjung. Saya dan rakan hanya mampu mengucap beberapa kali, melihat keindahan ciptaan alam semula jadi ini yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Memang rezeki kami apabila berpeluang melihat keindahan bimasakti yang berwarna-warni di langit.

 

MATAHARI terbit di puncak Bukit Maragang.  FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid
MATAHARI terbit di puncak Bukit Maragang. FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid

 

“Kami tidak melepaskan peluang bergambar untuk melihat lebih jelas dan jurupandu maklumkan, ini antara gambar terbaik yang pernah diperoleh di Bukit Maragang,” katanya.

Katanya, jurupandu memaklumkan waktu sesuai untuk melihat keindahan bimasakti adalah pada Mac hingga Oktober.

“Biasanya waktu sesuai adalah pada 8 malam hingga 12 tengah malam dan paling cantik sekitar 10 malam kerana pada ketika itu bimasakti betul-betul berada di atas kepala.

“Namun semua itu bergantung kepada keadaan cuaca pada ketika itu,” katanya.

Norhafiza berkata, selepas dua jam berada di situ, mereka kemudian kembali ke khemah untuk berehat.

“Pada 3 pagi, kami bangun untuk ke puncak Bukit Maragang untuk melihat matahari terbit.

“Di sini, suasana juga menarik apabila kami dihidangkan dengan keindahan hamparan awan karpet yang cukup mengujakan. Sekiranya berpeluang saya ingin kembali semula ke sini,” katanya.

 

PENDAKIAN ke tapak perkhemahan.  FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid
PENDAKIAN ke tapak perkhemahan. FOTO: Ihsan Norhafiza Abdul Hamid

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...

Huawei lancar Watch Fit dengan jangka hayat bateri 10 hari

Beberapa tahun lalu, Huawei memperkenalkan variasi peranti boleh pakai keluarannya dan kini syarikat gergasi elektronik berkenaan memperkenalkan siri Watch Fit yang menawarkan jangka hayat...