Cemburu bersuami bintang popular

Bersahabat Biar Jujur, Ketua Armada Bersatu Jangan Melampau, Kata Dr Asyraf

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan tidak melampaui batas setelah sekian lama UMNO bertolak ansur dalam membentuk kerajaan Pusat dan kerajaan...

Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri...

Jangan Hanya Berpolitik, Sekarang Masa Selesai Masalah Rakyat – Bung Moktar

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik. Tegas...

Ujian Covid-19 Negatif Tetap Perlu Patuh Arahan Kuarantin – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR — Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menasihatkan golongan berisiko menjalani kuarantin selama 14 hari bagi mengelak penyebaran Covid-19. Jelas Asyraf, ia...

Kes Bekas Peguam Negara Saman Lim Kit Siang RM10 Juta Bermula April Depan

KUALA LUMPUR - Pendengaran saman bekas peguam negara, Mohamed Apandi Ali, terhadap pemimpin DAP, Lim Kit Siang ditetapkan selama 5 hari bermula 5 April...

KUALA LUMPUR: Lambakan kes keruntuhan rumah tangga akibat kecurangan suami menjadi ketakutan bagi golongan wanita. Tidak terkecuali, pelakon, Syatilla Melvin, 29, mendirikan bahtera rumah tangga bersama aktor popular, Shaheizy Sam, 38, yang memiliki ribuan peminat setia.

Hakikatnya, tiada siapa mampu meneka suratan takdir dan perjalanan hidup biarpun dilihat bahagia. Soal jodoh menjadi ketentuan Allah SWT. Bagaimanapun, Syatilla percaya selagi mampu memberikan yang terbaik, tiada sebab untuk suaminya mencari wanita lain.

Bagi Syatilla, penjagaan dalaman adalah paling utama, selain menitik berat penjagaan fizikal. Lebih lagi, apabila melihat kebanyakan kes kecurangan berikutan skandal lebih cantik, jauh daripada isteri.

“Sebagai isteri, saya tidak menolak adanya perasaan cemburu apabila bersuamikan bintang popular. Bagaimanapun, saya sering memberi amaran pada suami supaya tidak melakukan perkara yang boleh menghancurkan kepercayaan saya terhadapnya.

“Saya yakin Sam bijak menilai mana baik dan buruk. Dia bukan sahaja ada saya untuk menilai tindak tanduk. Malah, dua anak dan kedua-dua keluarga yang harus dijaga hati serta nama baik mereka.

“Saya mengenali Sam lebih 10 tahun. Ada kala, saya rasa lebih mengenalinya daripada diri sendiri,” katanya kepada BH Online.

Menyentuh kerjaya lakonan yang dilihat bergerak perlahan, Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin berkata, dia bukanlah mahu meletakkan titik noktah apabila dikurniakan dua cahaya mata, Sheriv Samheizy, 3, dan Sarima Samheizy, 2, sebaliknya mengambil tempoh rehat bagi memberi perhatian kepada dunia perniagaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menafikan perasaan rindu mahu kembali bekerja di lokasi penggambaran, apatah lagi kali terakhir menjayakan drama Selafaz Cinta ketika hamil anak kedua.

“Saya sudah tidak berlakon hampir dua tahun, tetapi menjayakan drama pendek Gerakan Serunding bersama Sam sempena Aidiladha pada Mei lalu. Itupun hanya sekejap sahaja.

“Tetapi, jujurnya, saya belum berhasrat mahu berhenti berlakon, cuma berehat seketika bagi memberi ruang saya fokus pada dunia perniagaan.

“Tawaran sentiasa ada, tetapi terpaksa ditolak. Saya tak mampu buat kerja dalam satu masa,” katanya.

 

Syatilla Melvin, Shaheizy Sam bersama dua cahaya mata, Sheriv Samheizy dan Sarima Samheizy. -Foto IG Syatilla Melvin
Syatilla Melvin, Shaheizy Sam bersama dua cahaya mata, Sheriv Samheizy dan Sarima Samheizy. -Foto IG Syatilla Melvin

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak itu berkata, keputusannya menceburi dunia perniagaan sejak setahun lalu selepas melihat nasib pelakon tempatan pada penghujung usia.

“Ketika berlakon, saya tahu ramai pelakon veteran yang menderita pada penghujung usia. Nampak popular di kaca televisyen (TV), tetapi mereka sebenarnya tiada simpanan tetap.

“Bagi pelakon yang pandai menyimpan, baguslah. Tetapi, saya tidak dapat menyimpan duit dan membeli aset ketika aktif berlakon dahulu.

“Peminat nampak gah di kaca TV, tetapi hakikatnya kita sendiri tahu. Saya tak mahu masa tua nanti perlu minta bantuan. Minta jauhkan nasib seperti ini,” katanya.

Disebabkan itu Syatilla berkata, dia tekad mengambil langkah menceburi bidang perniagaan kerana tahu tidak boleh terus berlakon dan mengharapkan pendapatan lakonan semata-mata.

“Ini langkah yang perlu diambil kerana jangka hayat dalam industri seni bukanlah panjang. Jika mengusahakan perniagaan dengan konsisten, ia boleh bertahan lama,” katanya yang kini bergelar tauke jamu.

Berita Harian

Previous articleRakam bimasakti
Next articleMonoloque sindir kluster

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Anak Pelakon Didenda RM10,000 Jual Produk Kesihatan Tak Berdaftar

PETALING JAYA - Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Rose Azlin Rosli didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menjual dan...

Tiada jalan pintas

KUALA LUMPUR: Momentum perjalanan seni pelakon manis, Elisya Sandha tidak sebaik kakaknya, Fasha Sandha. Hingga kini, graf popularitinya tidak naik mendadak dan memuncak. Sesukar mana...

Kota idaman gamit pelancong

PENULARAN pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terpaksa menangguhkan percutian ke negara idaman mereka. Meskipun banyak negara yang masih menutup sempadan masing-masing bagi mencegah penularan pandemik...