Tengku Zafrul didakwa ‘kenakan’ Muhyiddin dan Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz didakwa ‘mengenakan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bersatu apabila menyertai Barisan Nasional (BN) dan sekali gus dilantik Bendahari BN Selangor.

Komen pedas itu dibuat tokoh wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

Beliau menyindir Menteri Kewangan itu yang sebelum ini berkata sebelum ini kononnya tidak berminat dengan politik.

“Orang putih kata, “he spoke too soon”. Cakap cepat sangat. Tak berminat politik konon. Bukan main seronok dilantik jadi Bendahari BN Selangor.

“Sambil-sambil itu dia (Tengku Zafrul) kenakan Muhyiddin dan Bersatu yang bawa dia masuk Kabinet dan bagi jawatan Menteri Kewangan,” bidas A. Kadir dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau malah mempersoalkan sama ada BN Selangor mempunyai wang yang banyak atau mengharapkan Tengku Zafrul?

“BN Selangor ni banyak duit ka? Atau mereka harap dia cap duit untuk mereka?

“Orang dalam dunia korporat dan pasaran saham tentu kenal siapa Zafrul pasal dia pun lama dalam bidang ini,” ujarnya.

Sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang gawat macam sekarang, dia tumpukan perhatian kepada mengurus kewangan negara bukan mengejar cita-cita politik, kata A. Kadir.

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN Selangor melantik Tengku Zafrul sebagai bendahari baru menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus.

Jamal pula memegang jawatan Ketua Komunikasi BN Selangor.

BACA LAGI:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat