Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor

- Advertisement -

SELANGOR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus yang dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor, kata Noh Omar.

Beliau berharap rombakan kecil itu dapat memberi semangat kepada seluruh ahli parti.

“Saya hendak buat sedikit rombakan dalam BN Selangor…rombakan pertama saya lantik bendahari baharu, Tengku Zafrul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor.

“Saya juga melantik Jamal sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor,” katanya dalam ucapan Majlis Penutup dan Makan Malam Konvensyen BN Selangor, di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan para peserta konvensyen daripada tiga parti komponen BN iaitu UMNO, MCA serta MIC.

Ujar Noh lagi, rombakan ini akan memberi semangat baharu kepada BN Negeri untuk terus bekerja keras.

“Insya-Allah, kita akan teruskan perjuangan, pastikan BN berkuasa pada PRU-15 nanti,” katanya. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat