Tengku Zafrul Yakin BN Platform Terbaik Satukan Pelbagai Kaum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baru dilantik, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yakin BN adalah platform terbaik untuk menyatukan pelbagai kaum, generasi dan kumpulan dalam negara.

Menerusi catatan Facebooknya, beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan BN dan BN Selangor atas kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Bendahari BN Selangor.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, saya ucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional dan BN Selangor di atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor.

”Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan. Sebagai orang baru dalam politik, sudah tentu saya memerlukan kerjasama dan perkongsian pengalaman dari pucuk pimpinan dan rakan-rakan BN.

”Saya percaya BN adalah platform terbaik sebagai penyatu pelbagai kaum, generasi dan kumpulan dalam negara.” Katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar mengumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus yang dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor, kata Noh Omar.

Beliau berharap rombakan kecil itu dapat memberi semangat kepada seluruh ahli parti.

“Saya hendak buat sedikit rombakan dalam BN Selangor…rombakan pertama saya lantik bendahari baharu, Tengku Zafrul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor.

“Saya juga melantik Jamal sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor,” katanya dalam ucapan Majlis Penutup dan Makan Malam Konvensyen BN Selangor, di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini malam ini.-SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat