Sembang Viral kembali dengan musim kedua

- Advertisement -

SEJAK diperkenal pada 13 September tahun lalu, Sembang Viral berjaya mencuri perhatian penonton dan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan.

Mula bersiaran sebagai kapsul 10 minit, Sembang Viral kembali dengan musim terbaharu bagi membincangkan isu tular di media sosial mengikut perspektif Islam secara santai bersama ahli panel jemputan.

Sembang Viral akan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor selain turut menampilkan ahli panel jemputan yang terdiri daripada pendakwah bertauliah, peguam syarie, pakar motivasi dan selebriti jemputan.

Lebih menarik, Sembang Viral juga tampil dengan segmen baharu ‘Netizen Tanya’ yang mana Rosyam akan membacakan soalan-soalan daripada netizen berkaitan isu agama dan kehidupan.

Episod pertama bakal bersiaran mulai 1 Ogos ini akan membincangkan topik ‘Mempersendakan Agama’ bersama ahli panel jemputan Ustaz Amin dan Caprice.

Saksikan Sembang Viral Musim Kedua setiap  Isnin, jam 10.30 malam di TV9 atau strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi FacebookInstagramTwitter dan TikTok TV9.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat