Projektor Predator kelas permainan diperkenalkan Acer Malaysia

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Sebanyak empat produk baharu serta satu projektor kelas permainan diumumkan oleh Acer Malaysia ketika majlis jelajah ‘Predator:It Lies Within’.

Jelajah berkenaan bermula semalam dan berakhir Ahad ini dengan setiap pembelian barangan terpilih akan menerima potongan rebat khas.

Menerusi siri jelajah berkenaan, Acer memperkenalkan Predator Helios 300 bersama Nitro 5 dengan kuasa pemproses baharu iaitu daripada Intel Core Generasi Ke-12.

Paling mencuri tumpuan adalah projektor kelas permainan yang pertama diperkenalkan iaitu dikenali Predator GD711 dengan keupayaan LED 4K sekali gus memberi pengalaman permainan paling menakjubkan.

Menyentuh aspek teknikalnya, projektor Predator GD711 berkenaan dilengkapi dengan resolusi 4K iaitu 3840 x 2160 dengan kadar segar semula 240Hz tanpa sebarang masalah.

Kehadiran projektor kelas permainan berkenaan memberikan penanda aras baharu untuk pengalaman khusus buat kaki ‘games’ dengan resolusi bak panggung wayang.

Selain itu, Acer Malaysia memperkenalkan dua laptop kelas permainan mereka iaitu masing-masing daripada siri Predator dan Nitro.

Bagi Predator Helios 300 dan Nitro 5, ia dikuasakan dengan Intel Core Generasi Ke-12 bersama-sama keupayaan spesifikasi terkini khusus untuk pengguna kelas permainan dan kelas prestasi.

Untuk Predator Helios 300, ia didatangkan dengan variasi Intel Core i7 bersama padanan kad grafik Nvidia GeForce RTX3080 bersama padanan skrin 15.6 inci QHD.

Laptop ini juga hadir dengan padanan memori (RAM) 4800MHz DDR5 bersama kadar segar semula 165Hz khusus untuk permainan aksi pantas.

Laptop ini juga dilengkapi dengan RGB setiap butang papan kekunci dan ia boleh diubahsuai menerusi padanan perisin PredatorSense mengikut kesesuaiaan pengguna.

Laptop Nitro 5 pula, ia turut dipadankan dengan variasi kad grafik Nvidia GeForce RTX3070Ti bersama-sama dengan sokongan RAM sehingga 32GB serta 1TB SSD.

Pada masa sama, Acer Malaysia turut memperkenalkan desktop Predator Orion 3000 yang turut menggunakan cip pemproses sama dengan Predator Helios 300 serta Nitro 5 serta kad grafik RTX3070.

Predator Orion 3000 berkenaan dibina menerusi kerangka ‘Mid Tower’ dan mampu menyokong RAM 16GB serta storan 1TB PCIe NVMe SSD untuk kuasa prestasi lebih mengagumkan.

Tanda harga bagi projektor permainan berkenaan iaitu GD711 adalah RM4,999, manakala untuk Predator Helios 300 bermula RM7,999; Nitro 5 (bermula RM4,399) dan Predator Orion 3000 RM6,499.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,593FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat