1 Juta Dos Vaksin AstraZeneca Sumbangan Jepun Selamat Tiba Di KL

- Advertisement -

CYBERJAYA: 1 juta dos vaksin AstraZeneca sumbangan Negara Jepun selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata sumbangan kemanusiaan ini adalah bukti keakraban antara kedua-dua negara Malaysia-Jepun.

Katanya lagi, beliau amat berterima kasih kepada rakan sejawatnya TYT Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas budi baik ini yang menyerlahkan keakraban persahabatan dan hubungan dua hala Malaysia

“Di KLIA tadi bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy Jamaluddin – Alhamdulillah sumbangan 1 juta dos AstraZeneca secara percuma oleh Kerajaan Jepun telah selamat tiba!

“Sebagai Menteri Luar, saya amat berterima kasih kepada rakan sejawat, TYT Motegi Toshimitsu serta Kerajaan Jepun atas budi baik ini yang menyerlahkan keakraban persahabatan dan hubungan dua hala MalaysiaJepun.

“Ia juga bukti bahawa nilai kemanusiaan sentiasa melangkaui batas-batas yang mungkin wujud terutama di era pandemik ini.

“Semoga usaha negara kita memerangi #COVID19 dipermudahkan Allah SWT – Wisma Putra akan terus bantu sebaiknya!” ujar Hishammuddin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat