Arigato Gazaimasu Jepun derma vaksin AstraZeneca kepada Malaysia – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Jepun berbesar hati mendermakan vaksin AstraZeneca kepada Malaysia.

Dalam ucapan penghargaan di Facebook, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu bekalan vaksin itu akan tiba di KLIA petang ini dan beliau sendiri akan pergi menerimanya.

“Duta Malaysia di Jepun, Datuk Kennedy Jawan menyaksikan penghantaran vaksin AstraZeneca di Lapangan Terbang Narita awal pagi tadi.

“Vaksin-vaksin ini disumbangkan oleh Kerajaan Jepun kepada Malaysia seperti saya maklumkan dua minggu lepas.

“InsyaAllah, akan ke KLIA petang ini untuk menerimanya. Arigato Gozaimasu Jepun! Ucap beliau.

Bulan lalu media melaporkan Kerajaan Jepun menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu.

Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat