Sharifah Rose percaya kuasa media sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menjadi sasaran netizen kerana menceburi bidang lakonan atas tiket ‘Instafamous’, artis baharu, Sharifah Rose mahu semua pihak bersikap realistik dan terbuka dalam polemik itu.

Baginya, orang ramai perlu menerima hakikat bahawa media sosial adalah medium baharu dalam pencarian bakat pelapis era digital.

Sharifah Rose atau nama penuh, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 23, berkata medium media sosial juga menjadi jalan pintas untuk khalayak menceburi pelbagai bidang seni mengikut kecenderungan masing-masing.

“Bagi Rose, zaman sekarang media sosial adalah medium utama pengiklanan. Daripada situ, kita dapat cungkil ramai bakat baharu. Ada yang suka menyanyi, fesyen dan peragaan. Kalau yang pandai masak, boleh jadi chef.

Rose mengikuti kelas lakonan bagi meningkatkan skil terutama penghayatan terhadap karakter dibawa. Foto IG Sharifah Rose

 

“Jadi Rose fikir adalah langkah bijak apabila mereka ini beraksi dalam media sosial. Dari situ, ia buka jalan ke bidang lain,” katanya dalam temu bual kapsul BHTV, Apa Kes yang disiarkan dalam program Bicara BH : Bakat vs ‘Followers’ – Apa Sudahnya Seni Kita’ yang disiarkan secara langsung, kelmarin.

Tidak melihat pembabitan selebriti media sosial sebagai perosak industri seni, pelakon drama bersiri Kekasih Hati Mr Bodyguard ini berkata, mereka memainkan peranan penting terutama dalam aspek membantu memberi publisiti terhadap produk terbitan stesen penyiaran.

“Media sosial kita adalah profil kita. Saya fikir suatu langkah bijak apabila kita gunakan populariti yang ada untuk mempromosikan produk TV.

“Kalau dahulu, kita ada media yang menguruskan promosi, sekarang kita sebagai pelakon kena lakukan sendiri. Kita berlakon dan kitalah yang kena buat promosi. Bakat boleh digilap tetapi ‘followers’ ambil masa lebih lama untuk dikumpul.

“Justeru ‘followers’ menjadi kelebihan dalam dunia selebriti. Ia menjadi faktor utama dan penting untuk melariskan produk pelakon,” katanya.

Mengambil serius kerjaya yang diceburinya itu, Rose yang pernah dikecam warga maya kerana lakonannya yang dianggap kaku, mengambil inisiatif mengikuti kelas lakonan bagi memperbaiki kelemahan diri.

“Segala kecaman yang dilemparkan, saya ambil dari sudut positif. Saya ikuti kelas lakonan dan bertanya kepada pelakon senior serta pengarah di lokasi. Dari situ, kita boleh timba ilmu,” katanya yang mula bertapak dalam bidang peragaan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat