Hukuman penjara hadiah Tuhan – Ahmad Dhani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Komposer dan vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani menganggap pengalaman dipenjarakan pada 2019 sebagai hadiah Allah.

Ahmad Dhani atau nama sebenar, Dhani Ahmad Prasetyo berkata, kehidupan di penjara adalah ganjaran terbaik dan sangat bermakna buat dirinya.

“Saya sering cakap di Indonesia, tetapi belum di Malaysia bahawa masuk penjara itu tergantung kepada cara kita memahami maknanya.

“Apatah lagi, semua orang tahu saya masuk penjara bukan kerana jenayah yang benar.

“Semua orang tahu saya masuk penjara kerana politik dan pilihan raya pada April 2019. Di sini, orang boleh kata macam-macam, antaranya hukuman atau cubaan daripada Tuhan.

“Tetapi bagi saya, ia adalah sebuah hadiah terbaik Tuhan. Itu hadiah paling besar yang pernah saya terima. Itulah cara saya memberi makna kepada pengalaman itu,” dakwanya kepada BH Online.

Pada 28 Januari 2019, Ahmad Dhani ditahan dan dipenjarakan di Cipinang, Jakarta Timur selama 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan mesej berunsur kebencian dalam tiga kenyataan di Twitter.

Ahmad Dhani yang berasal dari Surabaya, Indonesia tidak menyesal atas apa yang berlaku dan mengambilnya sebagai perkara yang mematangkan diri.

“Tiada penyesalan… Pastinya ia menjadikan saya orang yang lebih kuat. Ini kerana sesuatu yang tidak boleh membunuh kamu, memberikan kamu kekuatan.

 

Ahmad Dhani dan anggota band Dewa 19 akan menjelajah 30 bandar untuk menjayakan konsert sempena ulang tahun ke-30 kumpulan muzik itu. Foto NSTP Rohanis Shukri

 

“Memang ada bezanya bagi orang yang keluar dari penjara. Ia hanya dapat dirasakan orang yang keluar dari penjara sahaja,” katanya ditemui pada sesi temubual eksklusif di sebuah hotel di sini, hari ini.

Pemuzik berusia 50 tahun itu bertandang ke bandaraya ini sejak Ahad lalu bagi menjayakan festival Islamik, Garden of Eid yang dianjurkan di Taman Botani Perdana di sini, pada hari sama.

Ahmad Dhani berjanji kembali ke Malaysia bersama band Dewa 19 bagi menjayakan konsert istimewa sempena ulang tahun ke-30 kumpulan berkenaan.

“Sebenarnya, Dewa 19 sudah berusia 35 tahun. Saya membentuk kumpulan ini pada usia saya 15 tahun. Namun, 30 tahun itu dihitung saat kali pertama kami terjun ke dalam industri menerusi pelancaran lagu Kangen.

“Jadi, untuk konsert itu, kami akan menyanyikan 30 lagu sempena ulang tahun band ke-30. Malah, kami akan mengadakan konsert ini di 30 bandar yang dimulakan dengan Surabaya pada 27 Mei lalu.

“Kami akan mendendangkan lagu dari album pertama sehingga terakhir yang rata-rata diketahui peminat tegar Dewa 19,” katanya.

Ahmad Dhani berkata, siri jelajah itu dijangka bermula September depan.

Kali terakhir Dewa 19 mengadakan konsert di Malaysia sini adalah pada 2 Februari 2019 tanpa Ahmad Dhani.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat