PKPP Seluruh Negara Dilanjutkan Hingga 31 Mac 2021

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dilanjutkan lagi mulai hari ini hingga 31 Mac depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati peningkatan ketara kes COVID-19 masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Perintah ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan. Peningkatan kes disumbangkan oleh pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja asing yang dijalankan secara besar-besaran dan juga akibat berlakunya penularan jangkitan dalam komuniti yang dikesan, terutamanya di Lembah Klang dan beberapa negeri,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan PKPP hari ini.

PKPP yang dilaksanakan kerajaan sejak 10 Jun lalu dijadualkan tamat semalam.

Menurut Ismail Sabri, segala prosedur operasi standard (SOP) di bawah PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuat kuasa yang diwartakan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

“Aktiviti pelancongan adalah berdasarkan ketetapan yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum ini namun perlu mematuhi SOP yang ketat,” jelasnya.

Mengenai task force operasi pematuhan, beliau berkata Polis Diraja Malaysia menahan 347 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan 337 dikenakan kompaun dan 10 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP ialah aktiviti pusat hiburan (135), tidak memakai pelitup muka (109), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (54) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (49),” katanya.

Bagi Op Benteng, seramai 31 lagi pendatang tanpa izin berjaya ditahan dan lima kenderaan darat dirampas manakala 110 sekatan jalan raya dilakukan semalam.

Berhubung pemeriksaan di tapak binaan pula, katanya sejak 20 April hingga semalam, sebanyak 14,124 jumlah pemeriksaan telah dilakukan oleh anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 8,029 tapak pembinaan di seluruh negara.

“Semalam, anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di 10 tapak pembinaan di seluruh negara dan kesemua tapak pembinaan yang diperiksa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” kata Ismail Sabri. – Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Penggunaan Nama Perdana Menteri Perlu Ikut Kad Pengenalan – PMO

KUALA LUMPUR - Semua dokumen rasmi berkaitan nama Perdana Menteri kini perlu menggunakan nama aslinya seperti yang tertera pada kad pengenalan iaitu Mahiaddin Md...

Berita Berkaitan

MKN Setuju KDN Selaras Penguatkuasaan Terhadap Kilang Langgar SOP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju tanggungjawab penguatkuasaan termasuk serbuan oleh semua agensi terhadap kilang yang melanggar prosedur operasi...

Jenazah Bayi Terbiar Semalaman Kerana Kesempitan Hidup – NGO

KUALA LUMPUR - Remuk hati seorang ibu apabila terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup. Dia hanya...

KKM, UPM Bangunkan Vaksin Covid-19 Guna Teknologi mRNA – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Malaysia sedang membangunkan vaksin COVID-19 menggunakan teknologi mRNA (messenger asid ribonukleik), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata vaksin itu...