Polis Indonesia Tahan Pelajar Disyaki Ubah Lirik Lagu Indonesia Raya

- Advertisement -

JAKARTA – Polis Indonesia menahan seorang pelajar warganegara itu yang dipercayai terbabit dalam mengubah suai lirik lagu Indonesia Raya dan menghina republik berkenaan.

Ketua Agensi Siasatan Jenayah Polis Indonesia, Listyo Sigit Prabowo dipetik media tempatan berkata, suspek ditahan 8 malam Khamis di sebuah rumah di Cianjur, Jawa Barat.

“Polis menahan suspek lelaki berinitial ‘MDF’ dan menyita sebuah telefon bimbit, sekeping kad SIM dan satu set komputer.”

Setakat ini, polis belum mendedahkan identiti lengkap suspek itu.

Tangkapan itu hasil kerjasama siasatan membabitkan polis Indonesia dan Malaysia.

Sebuah video yang dimuat naik ke YouTube My Asean, memaparkan lagu kebangsaan Indonesia disunting liriknya yang menghina negara itu.

Video di YouTube itu kemudiannya dipadamkan, namun ia turut dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan sehingga menimbulkan pelbagai komen kebencian dan kemarahan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dipetik Bernama sebagai berkata, suspek video itu ialah warga Indonesia dan bukan dilakukan di Malaysia.

Beliau berkata, maklumat itu diperolehi hasil soal siasat ke atas seorang buruh Indonesia dalam lingkungan 40-an yang ditahan di Sabah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat