Mendiang Joseph Kurup tokoh pemimpin semai semangat perpaduan – Arthur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mendiang Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup seorang permata dan tokoh pemimpin yang tanpa penat menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia, kata anak mendiang Datuk Arthur Joseph Kurup.

Menerusi kenyataan medianya, “Di mana ada perpaduan, di situ ada kejayaan” merupakan tekad mendiang Joseph Kurup untuk memastikan perpaduan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

“Dalam lipatan sejarah, negara kehilangan seorang permata dan tokoh pemimpin yang tanpa penat menyemai perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia. “Di mana ada perpaduan, di situ ada kejayaan” merupakan tekad mendiang untuk memastikan perpaduan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sebagai anak jati Sabah, mendiang merupakan seorang pemimpin yang setia berkhidmat dan sanggup melakukan apa sahaja demi kebajikan dan kesejahteraan wilayah Sabah serta rakyatnya,” katanya.

Menurutnya lagi, jasa dan pengorbanan mendiang tiada galang gantinya terutama dalam membangun infrastruktur berteras keperluan rakyat di samping perjuangan mendiang untuk merubah pemikiran masyarakat pedalaman untuk mendakap pendidikan sebagai pemangkin transformasi bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Mendiang merupakan pemimpin yang setia kepada perjuangan dan sentiasa dikenali sebagai seorang yang meletakkan keutamaan dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat khususnya rakyat Sabah.

Tambahnya, ketokohan dan nilai-nilai murni yang ditanam mendiang ketika menjadi Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjadi asas kepada “Berjuang Untuk Kecemerlangan Rakyat”.

“Legasi dan perjuangan mendiang akan disemat dalam jiwa ahli parti dan menjadi teras panduan untuk saya terus mengemudi dan memimpin parti demi kelangsungan, kesejahteraan dan kecemerlangan rakyat Sabah.

“Bagi kami sekeluarga, kami kehilangan seorang ayah yang amat disayangi, tiang seri yang telah banyak berkorban demi kesejahteraan keluarga. Mendiang abadi dalam kenangan kami sebagai seorang bapa yang mempunyai kepemimpinan yang tinggi, sentiasa bersemangat dalam melaksanakan apa-apa urusan, mempunyai daya ketahanan yang kuat apabila berhadapan tekanan, insan yang berfikiran jauh serta mempunyai jiwa dan rohani yang sejahtera.

“Mendiang Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup kekal dalam ingatan sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan nilai berprinsip dan berintegriti dalam segala usaha serta perjuangan. Seorang ayah yang bertanggungjawab pada dirinya, keluarganya, komunitinya dan negaranya. Semoga ingatan ini akan turut menjadi kenangan kepada seluruh negara khususnya rakyat Sabah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mewakili keluarga mendiang Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup merakamkan setinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Ketua Menteri Sabah, YAB Timbalan Ketua Menteri Sabah, pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah, tokoh dan teman politik, saudara mara, rakan taulan serta kenalan mendiang yang telah mengirimkan utusan takziah, meluangkan masa menziarah dan memberi penghormatan terakhir sehingga ke upacara pengebumian.

Sokongan emosi serta kata-kata semangat yang dititipkan telah banyak membantu memberikan kekuatan kepada kami sekeluarga untuk menempuh tempoh duka.

“Saya turut merakamkan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan media di atas liputan dalam mengenang mendiang serta liputan berita sepanjang upacara penghormatan terakhir sehingga ke pengebumian insan yang kami sayangi,”katanya.-SUARATV

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat