Gelaran Penyerang Terbaik Pembakar Semangat Eki Buru Kejayaan Bersama Selangor

COVID-19: Singapura Catat Tiga Kes Positif Bagi Strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)...

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

Hospital Melaka Masih Mampu Beroperasi Walaupun 32 Kakitangan Positif COVID-

MELAKA - Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan, kata...

KUALA LUMPUR: Kejayaan memenangi trofi penyerang terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20), membakar semangat penyerang kebangsaan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi untuk memburu kejayaan lebih gemilang bersama pasukan Selangor, pada saingan Liga Malaysia 2021.

Bekas penyerang Perak itu mengakui terkejut dengan pemilihan untuk dirinya menerima anugerah berkenaan, setelah bergelut dengan prestasi hambar pada musim lalu, selain sukar untuk mendapatkan minit permainan di bawah jurulatih Mehmet Durakovic.

“Memang saya tidak menyangka trofi ini akan menjadi milik saya, kerana kalau kita tengok ada tujuh calon pemain import yang sememangnya cukup berkualiti dan bukan mudah untuk ditandingi,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

“Namun, saya bersyukur kerana usaha saya untuk menampilkan prestasi terbaik atas padang berbaloi, dan semestinya anugerah yang diterima ini menjadi penghormatan kepada saya untuk melakukan lebih baik pada masa hadapan,” kata pemain berusia 26 tahun itu yang mesra dengan panggilan Eki.

Kejayaan dipilih sebagai anugerah penyerang terbaik itu merupakan kejayaan kali kedua buat pemain kelahiran Tawau, Sabah itu, yang pernah mengungguli anugerah sama sewaktu mewakili PKNP FC pada 2017.

Selain gelaran penyerang terbaik, Muhammad Shahrel Fikri turut membawa pulang trofi penjaring terbanyak Liga Super (pemain tempatan) menerusi ledakan 10 gol pada ABK20 yang majlisnya diadakan secara maya semalam, susulan penularan pandemik COVID-19.

Berkongsi kegembiraan sama adalah pemain pertahanan tengah kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang dinobatkan selaku pemain pertahanan terbaik buat kali kelima, selepas memenangi anugerah sama empat kali sebelum ini iaitu pada 2009, 2010, 2012 dan 2015.

Menurut pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, beliau agak terkejut dengan pemilihan namanya selaku pemenang, kerana berpandangan terdapat calon lain yang lebih layak untuk membawa pulang trofi pemain pertahanan terbaik kali ini.

“Apa-apa pun, saya percaya kepada rezeki dan ternyata tahun ini menjadi rezeki saya selepas kali terakhir menang pada tahun 2015.

“Insya-Allah selagi saya mampu bermain, saya akan sentiasa berikan yang terbaik, tetapi apa-apa pun, saya bermain bola bukanlah semata-mata untuk menang anugerah, tetapi lebih kepada kepuasan sendiri sebab bola sepak adalah karier saya,” kata pemain kelahiran Negeri Sembilan itu.

ABK20 yang disiarkan secara langsung dari ibu pejabat MFL di Kelana Jaya, Petaling Jaya, menyaksikan pasukan JDT mendominasi keseluruhan anugerah dengan kemenangan lima kategori.

Penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias dipilih sebagai penjaga gol terbaik, disusuli pengendali JDT Benjamin Mora (jurulatih terbaik), pemain sayap kebangsaan Muhammad Safawi Rasid (pemain tengah terbaik), selain gelaran pasukan terbaik turut dimenangi skuad Harimau Selatan itu.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

‘Tak faham sistem ranking, baik diam’ -TMJ

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata mana-mana individu perlu memahami proses dan sistem ranking terlebih dahulu...

Man United mahu menang semuanya – Fernandes

LONDON: Bruno Fernandes berkata Manchester United sesuai dengan mentalitinya kerana mereka adalah "kelab yang mahu menang semuanya" ketika dia menandakan ulang tahun pertama bersama...

Sathianathan Harap Kerajaan Benar Liga-M 2021 Berlangsung

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik COVID-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B. Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021...