Pemuda PKR gesa ahli parlimen PH yang mahu bersama Tun M disingkirkan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa agar Pakatan Harapan menyingkirkan mana-mana ahli parlimen pembangkang yang masih mahu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Ketua AMK Nasional, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, ini kerana pengaruh buruk bekas Perdana Menteri itu boleh mencacatkan agenda PH untuk mengembalikan mandat rakyat.

“PH tidak boleh terperangkap dalam idea gabungan besar pembangkang, sedangkan Tun Mahathir tidak bersedia untuk memberikan kerjasama.

“Keberadaan beliau dalam arus politik hari ini boleh disifatkan sebagai bebanan lampau yang sudah tidak boleh diurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, serangan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Dr Mahathir gagal untuk mengenepikan perbezaan politik dan masih terkandas dalam pemikiran sempit permusuhan masa lalu.

“Kenyataan terbaru itu menunjukkan beliau sudah tidak lagi relevan untuk terus berada dalam arus politik semasa dan PH seharusnya bergerak kehadapan tanpa diganggu kelibat Tun Mahathir.

“Kegagalan beliau untuk mempengaruhi undi melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Slim memberi isyarat bahawa beliau sudah ditolak rakyat kerana komposisi kerusi tersebut diwakili oleh 75% Melayu,” katanya.

Beliau berkata, parti komponen PH seharusnya merangka strategi untuk bergerak kehadapan tanpa membawa bebanan lampau.

Semalam, Dr Mahathir berkata, PH tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengan beliau.

Menurutnya, penglibatannya ketika berada bersama PH semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat