Pas dan Umno lebih awal amal pendekatan Dajjal berbanding Bersatu – Tun Faisal tempelak Hadi

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz memulangkan paku buah keras kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan dakwaan Presiden Pas itu berkait Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) didakwa seumpama pendekatan Dajjal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, tetapi memaksa untuk terus berkuasa.

Kata Tun Faisal, pemimpin Pas mengamalkan kemunafikan kerana menjadi sebahagian daripada kerajaan yang menggunakan ‘pendekatan Dajjal’ pada tahun 2021.

“Jika mengikut ‘fatwa’ terbaru Presiden Pas mengenai CSA, boleh dikatakan Umno telah mengamalkan ‘pendekatan Dajjal’ ini sejak tahun 2020 lagi. Pas juga telah bersama-sama bersubahat menggunakan ‘pendekatan Dajjal’ ini sejak tahun 2021.

“Mungkin dalam minda Presiden Pas, tiada memori bahawa CSA telah bermula sejak tahun 2020 di Negeri Perak di bawah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Umno.

“Mungkin disebabkan itulah, Presiden Umno menyokong CSA. Selain kerana kewajarannya, mungkin juga sebab selepas Datuk Seri Faizal Azumu dijatuhkan pada 4 Disember 2020, ada CSA yang ditandatangani antara kerajaan Perak diketuai Umno dengan DAP.

“Tidak pelik juga jika Umno menyokong CSA sebab Perdana Menteri semasa CSA 2021 ditandatangani pada 13 September 2021, adalah daripada Umno. Jadi Umno tidak mahu menipu dan bersikap munafik,” bidas Tun Faisal.

Menurut beliau lagi, Umno mungkin tidak mahu menjadi seperti Wawasan yang berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewaktu CSA ditandatangani, selepas itu mendakwa kononnya CSA akan memandulkan pembangkang dan menjadikan pembangkang ‘lembu bodoh’.

“Bayangkan, kalau hanya dengan menandatangani CSA sahaja sudah boleh menjadi mandul dan lembu bodoh, adakah pemimpin Wawasan hendak kata Umno yang menandatangani MoU dan duduk dalam kerajaan PH-BN selama lebih 4 tahun dan masih berada dalam kerajaan sampai hari ini, telah mandul teruk dan jadi haiwan yang lebih teruk daripada lembu bodoh?

“Eloklah Tan Sri Annuar Musa dan Isham Jalil sedarkan Presiden Pas supaya dia tidak berminda songsang. Ingatkan Presiden Pas bahawa Pas merupakan sebahagian daripada kerajaan ketika kerajaan Keluarga Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri menandatangani CSA dengan PH.

“Elakkanlah daripada dikatakan orang, sudahlah pemimpin Pas dalam PN menipu, memfitnah, berselingkuh, khianat dan berunding belakang-belakang, tidak amanah dalam melaksanakan keputusan-keputusan musyawarah, melanggar Perlembagaan PN, menindas dan menafikan hak parti anggota PN,” kata Tun Faisal.

Hadi sebelum itu mendakwa, kemunculan CSA ialah satu bentuk persetujuan politik di Parlimen dan katanya, melalui persetujuan ini, blok pembangkang atau Ahli Parlimen bebas bersetuju untuk memberikan sokongan bersyarat kepada pihak kerajaan.

“Walaupun tidak berlagak menjadi Tuhan laksana Dajjal yang besar, tetapi tetap melaksanakan sifat-sifat Dajjal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat