AGC kembalikan kertas siasatan insiden berkaitan MB Negeri Sembilan kepada Polis

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengembalikan semula kertas siasatan berhubung insiden melibatkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Dalam satu kenyataan hari ini, AGC menyatakan hasil penelitian menyeluruh mendapati beberapa tindakan lanjut perlu dilaksanakan oleh pegawai penyiasat sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“AGC telah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 30 Oktober 2026 berhubung insiden yang melibatkan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Siasatan dibuka di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana YAB Menteri Besar mendakwa beliau telah menandatangani proklamasi berkaitan dengan pertukaran kedudukan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di bawah pengaruh tidak wajar.

“Kertas siasatan akan dikembalikan semula kepada PDRM hari ini untuk tindakan selanjutnya,” demikian menurut kenyataan itu.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar menegaskan tiada kelewatan di pihaknya dalam mengkaji dan meneliti Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan membabitkan laporan terhadap Ismail.

Beliau berkata, KEP membabitkan siasatan terhadap Menteri Besar itu sudah dirujuk kepada AGC pada 29 September lalu dan sudah diminit keluar oleh agensi itu kepada PDRM pada 7 Oktober lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat