STR SARA 2027 lonjak RM16 bilion, diperluas kepada barangan basah dan segar

KUALA LUMPUR – Bermula 2027, jumlah keseluruhan subsidi, bantuan dan insentif lebih RM80 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, ini termasuk, subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hampir RM3.3 bilion.

“Sukacita diumumkan peruntukan STR SARA 2027 ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion.

“Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

“Ini akan memanfaat sehingga 9 juta penerima STR.

“Manakala selain penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas, akan menerima SARA Madani RM100 sebanyak dua kali sebelum Aidilfitri dan menjelang Merdeka.

“Ini akan memanfaat sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerajaan bersetuju untuk penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar yang boleh dibeli di 216 pasar tan atau tamu di bawah seliaan FAMA seluruh negara.

“Setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi.

“Sebelum akhir tahun ini, Insya-Allah kerajaan akan meningkatkan bilangan kedai runcit kecil kepada 10,000,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat