KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan satu nama kepada pembentangan Bajet 2027 dengan menyatakan komitmen kerajaan menggunakan perkataan ‘Waad’ yang bermaksud ‘janji’ atau ‘aku janji’ ketika memulakan ucapannya di Parlimen, hari ini.
Bajet berkenaan bertajuk ‘Belanjawan Madani Kelima: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’.
“Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030, belanjawan ini Waad Nasional bagi Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi berpaksikan lapan lunas utama,” katanya.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika memulakan ucapan, wang subsidi minyak yang berjaya disalurkan dengan menyasarkan pemberian subsidi yang selama ini tiris, kini ia telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat RM8 bilion pada tahun 2022 kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) SARA RM15 bilion pada tahun ini, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sekiranya kerajaan menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada RM40 bilion beban kewangan yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
“Kita memperkukuh disiplin fiskal. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan digubal bagi mengikat kuasa Menteri Kewangan untuk dipantau.
“Akta audit diperluas bagi menjejak dan mengaudit wang awam,” katanya ketika berucap membentangkan Bajet 2027 di Parlimen hari ini.
Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, kesannya menyebabkan keyakinan pelabur meningkat, pertumbuhan ekonomi kukuh melangkaui sasaran, pelaburan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah, daya saing melonjak matawang terbaik Asia.


