KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 telah diadakan pada 18 September
2026 di Istana Negara.
Menurut kenyataan itu, Najib hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana- mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara.


