Kes pelaburan KWAP : Masih tiada tangkapan – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum membuat sebarang tangkapan berkaitan kes pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM163.4 juta kepada syarikat e-fishery kerana belum ada keperluan berbuat demikian.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata siasatan kes berkenaan masih berjalan dengan 19 orang individu telah dirakam keterangan termasuk pegawai KWAP, pegawai kanan Kementerian Kewangan (MOF) dan Khazanah.

“Namun, belum ada tangkapan dibuat kerana siasatan masih belum menemukan keperluan untuk berbuat demikian.

“Yang penting untuk difahami, siasatan SPRM bukan sekadar mencari siapa yang salah,” menurut kenyataan itu.

SPRM menjelaskan mereka sedang meneliti sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa, selain melihat aspek tatakelola termasuk prosedur, peraturan dan garis panduan yang mungkin perlu ditambah baik.

“Siasatan domestik kini hampir selesai. Namun, beberapa perkara masih perlu diperoleh dari luar negara,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, proses kerjasama perundangan sedang berjalan dengan negara Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Abu Dhabi bagi mendapatkan keterangan serta dokumen berkaitan kes.

“Ia mungkin mengambil masa kerana melibatkan prosedur perundangan dan bidang kuasa negara lain,” katanya.

SPRM memaklumkan siasatan akan diteruskan dan setiap fakta akan diteliti termasuk semakan dibuat ke atas setiap dokumen kerana dalam setiap siasatan SPRM bukan mengejar kesimpulan tetapi mencari kebenaran.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat