BN mahu tanding 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka, terbuka adakan persefahaman dengan mana-mana parti – Zahid

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu disuarakan oleh Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang berazam mempertahankan semua kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN terbuka untuk mengadakan persefahaman dengan mana-mana pihak.

“Daripada 28 kerusi (DUN) di Melaka, maka Ketua Menteri, selaku Pengerusi BN Melaka, memaklumkan kepada saya bahawa beliau berazam untuk mempertahankan kedudukan seluruh 21 kerusi yang dimenangi itu.

“Pasti akan ada musyawarah antara semua pihak dan seperti dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka, beliau sangat terbuka dan kami kepimpinan BN di peringkat pusat akan dirundingi untuk menjadi kata pemutus kepada sebarang persepakatan atau persefahaman yang akan dicapai,” katanya menurut BH di Putrajaya pada Khamis.

Mengenai gelombang biru susulan kemenangan BN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, Zahid berkata, gelombang itu diharap dapat merebak ke seluruh Semenanjung.

“Bermula dari Johor menjalar ke Negeri Sembilan dan insya-Allah ke Melaka, kita lihat bagaimana geopolitik di negara kita menjelang PRU ke-16 (Pilihan Raya Umum Ke-16).

“Kita sebagai sebuah parti gabungan tetap berazam untuk merangkul dukungan daripada semua rakyat yang mungkin mahu merubah cita rasa politik,” katanya.

Sama ada gelombang itu akan membabitkan warna biru pekat yang dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN), beliau berkata, ia bergantung pada keikhlasan dan kejujuran mereka.

“Ia bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran mereka di dalam sebarang rundingan yang akan dilakukan. Kita sudah tetapkan di mana kerusi yang kita menang. kita tidak akan kongsi kerusi itu dengan mana-mana pihak,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat