Bila kalah salahkan pengundi konon tidak bijak, DAP juga label Hadi dan Akmal sebagai ekstrem – MCA

KUALA LUMPUR- Tindakan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang dilihat menyalahkan pengundi susulan kekalahan beliau mempertahankan kerusi DUN Chennah, Negeri Sembilan yang dikuasainya selama 3 penggal sejak 2013 itu seolah-olah menafikan kesuburan amalan demokrasi di negara ini.

Ketua Beliawanis MCA Ivone Low Yi Wen menempelak, jika pengundi sokong kamu, kamu kata mereka bijak. Bila pengundi tidak sokong kamu, kamu gelar mereka tidak bijak?

Adakah Loke lupa siapa yang pernah mengeluarkan ungkapan “Loke Tok Undang kelima”? Jika Loke tidak tahu, saya nak beritahu. Ungkapan itu keluar dari mulut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan pada ketika itu. Adakah Loke mahu mengatakan bahawa pengundi ‘termakan hasutan’ yang dimainkan oleh pemimpin PH sendiri?

“Berkenaan tuduhan kempen bersifat perkauman pula, Loke tidak perlu memandang jauh. Cukup sekadar melihat kempen partinya sendiri.

“Hew Kuan Yau, atau Superman Hew sering dijemput sebagai penceramah dalam kebanyakan aktiviti atau program parti DAP, di mana beliau sebelum ini pernah melabelkan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh sebagai “ekstrem”.

“Adakah Loke juga tidak mengetahui mengenai tindakan Hew dalam mempermainkan nama Akmal sebagai “Amau” yang dalam Bahasa Kantonis bermaksud “hina”? Tidakkah ini politik berbaur perkauman yang meniup kebencian dan mengundang perpecahan masyarakat? soal Ivone.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat